KEPERLUAN ASAS

1 – Beg
Beg adalah sangat penting. Walaupun backpacking ni aktiviti
bajet rendah, tak semestinya semua benda kita kena berkira. Terutama,
beg. Beg yang nak kita pakai mesti la atas dasar keselesaan kita,
biasanya. Antara ciri lain diambil kira, berat tanggungan. Bergantung
juga pada fokus perjalanan/percutian kita.
Sebelum beli, kita kena tengok juga jenama beg tu. Biarlah beli dari
jenama yang kita tahu akan kualiti dan memang diakui ramai – biasa,
barang murah, cepatlah rosaknya.
2 – Barang penting
Setiap backpacker perlu ada barang ni;
- Flip flop (selipar getah) : benda yang mesti ada, untuk kegunaan di tempat mandi yang dikongsi ramai orang. Ingat, pakej backpack bukan bilik mandi ada jacuzi.
- Sarung bantal : penting sebab, bukan semua tempat kita pergi akan menyediakan bantal yang putih suci murni. Sekurangnya, tertutuplah segala aib bantal tersebut. Dan juga, sarung bantal, pada akhir perjalanan nanti, boleh buat bungkus kain baju kotor.
- Beg duit lebih : Pencuri ada di mana sahaja, mahupun di tempat kita menginap. Mereka tidak pernah tidur. Asingkan duit kita kepada beberapa wallet adalah salah satu usaha bijak untuk kurangkan risiko kita hilang semua duit kita dalam satu wallet, andainya kita jadi mangsa.
- Beg jimat ruang : membolehkan lebih banyak barang disekalikan ke dalam ruang yang kecil. Ada jual ni kat kedai jual barangan outdoor/camping.
3 - Packing smart
Cara kita menyusun baju ke dalam beg juga boleh menjimatkan ruang.
Selain dari melipat baju, cara lain adalah dengan menggulungkannya. Ini
juga untuk mengelakkan dari kedutan. Gunakan beg zip-lock utk
simpan kasut atau stoking terpakai. Untuk elakkan bau pun, ye juga.
Ubatan asas dan dukumen penting mesti dibawa bersama, simpan dalam beg
yang sentiasa dengan kita, bukan dalam bag pakaian atau sebagainya.
Semasa menyusun barang keperluan kembara ke dalam beg, susunlah ikut
susunan mana yang kita akan pakai dulu di atas. Nak susun ikut suka pun
boleh, lepas tu gelabah cari.
4 -Travelling wallet
Ni alternatif untuk backpackers. Simpan segala benda penting
dalam ni, termasuklah duit dan dokumen penting lain. Walaubagaimana
pun, untuk dokumen, rajinkanlah buat salinan. Satu simpan dalam traveling wallet satu simpan dalam beg pakaian.
5 – Jurnal perjalanan (travelogue)
Tak semua orang buat benda ni. Kira macam buku log pun ada, live blog
pun ada. Setiap kenangan yang kita kutip sepanjang
percutian/perjalanan, kita boleh simpan dalam bentuk tulisan tangan
menerusi buku jurnal atau menggunakan perkakasan elektronik seperti smartphone, tablet atau notebook menerusi applikasi khas.
Pentingnya jurnal perjalanan adalah, untuk kita buat rujukan semula. Lebih kurang diari lah ni.
6 – “Kotorkan” sikit barang kita
Agak pelik sikit. Maksudnya, jangan nampak sangat barang kita tu ada
bau kedai. Pencopet lagi suka benda-benda nampak baru ni. Macam disebut
kat atas tadi, mereka ada di mana sahaja. Antara sebab lain, barang yang
nampak baru juga menunjukkan yang kita pun macam baru berjinak-jinak
nak berbackpack ni.
Jika dalam keretapi atau bas yang perjalanan ambil masa yang lama,
bawa beg kita tu tidur sekali. Peluklah, pedulikan orang kiri kanan.
Barang kita, peduli apa kita, kan?
7 – Maklumkan kehadiran
Kalau kita berjalan/mengembara/melancong, maklumkanlah kepada
sekurangnya seorang kenalan kita. Beritahu ke mana lokasi, waktu dan
berapa hari. Simpan sebarang nombor telefon, alamat email, atau apa-apa
medium perhubungan dengan jelas bagi mempermudahkan keadaan sekiranya
berlaku kecemasan.
Bila sampai satu-satu tempat, beritahu pada keluarga atau orang yang
rapat, kurang sikit kebimbangan mereka. Sekarang pun ada applikasi Forsquare. Check-in, post ke Facebook atau Twitter.
8 – Buat baik berpada-pada
Ini penting. Melancong atau mengembara dengan kadar kewangan yang
minimum ni juga punyai risiko yang tersendiri. Terutama terhadap
persekitaran. Jangan menawarkan atau menerima apa-apa dari sesiapa –
perkara penting yang ditegaskan untuk melancong lebih-lebih lagi
aktiviti backpacking.
Backpacker, cenderung untuk melakukan satu-satu aktiviti
dengan orang yang tidak dikenali sekaligus mewujudkan peluang untuk
berkenalan dengan lebih mesra atau rapat dengan mereka. Walaubagaimana
pun, kita perlu berhati-hati. Tidak semua orang boleh kita percaya.
Lebih lagi pada mereka yang mengembara secara sendiri/solo.
9 – Keselamatan dalam kumpulan
Lebih besar ahli satu-satu kumpulan adalah lebih bagus, itupun jika
ketua kumpulan pandai mengawal, jika tidak ia akan jadi menyusahkan.
Tapi, sekiranya kita berjalan secara solo, detik perkenalan yang kita
wujudkan sepanjang perjalanan, juga berguna. Elakkan dari berjalan pada
waktu malam, walaupun ia menjimatkan satu malam untuk penginapan, waktu
inilah paling tinggi risiko kita menjadi mangsa jenayah.
10 – Peti Bantuan Kecemasan (First Aid Kits)
“Don’t leave home without it” . Dalam setiap kumpulan atau
individu diharuskan membawa sekurang-kurangnya 1 peti bantuan
kecemasan. Cukuplah dengan beberapa tablet panadol, minyak sapu, pil
cirit birit, minyak cap kapak, kapas dan beberapa ubat-ubatan yang
dirasakan perlu. Pastikan peti bantuan kecemasan anda tidak mudah
diresapi air. Beg zip-lock berguna untuk tujuan ni. Rujuk disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan