PANDUAN ASAS
Cara membeli tiket kapal terbang airasia secara online ianya mungkin berbeza dari masa ke semasa tetapi secara asasnya seperti ini.
- Login ke laman web AirAsia. Lebih mudah kalau terus mendaftar. Lain kali nak beli lagi, boleh login saja.
- Pilih lokasi yang dikehendaki, tarikh pilihan dan bilangan yang akan turut serta di bahagian carian .
Walaupun ada pilihan untuk tiket anak-anak, harga tiket kapal terbang adalah sama untuk semua orang – dewasa atau kanak-kanak. Bayi adalah untuk yang berumur 9 hari hingga 24 bulan.
Carta yang diberi adalah untuk pilihan 7 hari. Pilih saja mana satu penerbangan yang dikehendaki.
Tips Membeli Tiket Murah AirAsia
- Kalau nak cari tiket harga murah, semak setiap hari dan waktu penerbangan. Harga berbeza untuk hari berbeza dan waktu penerbangan berbeza.
- Beli awal. Lokasi popular mungkin lebih cepat habis tiket murah tersebut.
- Tiket murah tidak bermaksud semua tempat duduk di dalam satu penerbangan itu berharga murah. Setiap penerbangan mempunyai kuota tiket harga murah yang berbeza.
- Harga tiket murah AirAsia tidak termasuk cukai lapangan terbang dan caji bahan api kecuali disebut sebaliknya. Cukai lapangan terbang berbeza bagi setiap tempat.
- Sekarang kita boleh cari tiket harga murah AirAsia dalam julat masa 4 minggu. Klik saja di penjuru kanan ( view by month ) untuk menyemak penerbangan dalam sebulan.
- Kalau travel jauh bagus order makan seperti Nasi Lemak Pak Nasser secara online sebab ada diskaun 20%.
Senang nak cari waktu bila ada tiket harga murah AirAsia dengan carta sebulan. Senang nak rancang waktu sesuai untuk pergi dan balik.
Bila dah pilih, klik teruskan dan isi butir peribadi.
Tempahan tiket antarabangsa AirAsia tidak perlukan nombor passport.
Dulu kena isi, sekarang boleh beli tiket, kemudian baru pergi buat
passport. Pastikan nama yang ditulis itu betul mengikut Kad Pengenalan.
Buat juga pilihan penerbangan seperti berat bagasi yang dibawa,
tempahan makanan atau permintaan istimewa. Kalau nak diraikan dengan
karpet merah pun boleh. Bayar saja. Lihat juga harga yang kita perlu
bayar untuk insuran penerbangan.
Bagasi boleh dibeli kemudian ( add on ) kalau ingin menambah barang yang dibawa selewat-lewatnya 4 jam sebelum penerbangan.
Boleh juga beli tiket bas online dari KL Sentral atau Bandar Tasik Selatan ke KLCC.
Selesai semua pilihan, buat pilihan cara bayaran beli tiket online AirAsia. Boleh guna Debit kad atau Kredit kad. Jangan lupa lihat juga caj yang dikenakan untuk memproses pembayaran tersebut.
Selepas itu, kita akan menerima email pengesahan tempahan bersama AirAsia Travel Itinerary dan nombor tempahan ( booking number ). Apa-apa rujukan yang akan dibuat nanti, gunakan nombor tempahan tersebut.
14 hari sebelum terbang, boleh buat check in secara online untuk dapatkan Boarding Pass. Biasanya saya check in 3-4 hari sebelum terbang.
- Masuk ke laman web Air Asia dan klik Check-in.
- Kalau check in di kaunter , bayaran RM10 dikenakan untuk setiap keping tiket.
Print Boarding Pass.
Kalau tak boleh print pun tak perlu risau.
- Pilih opsyen telefon pintar semasa proses daftar masuk dan QR kod akan dihantar ke telefon bimbit . Bila di lapangan terbang, ada kiosk Air Asia. Imbas kod bar untuk mencetak.
- Pilihan terima melalui email – Pilih opsyen ini semasa proses daftar masuk untuk menyimpan salinan Boarding Pass dalam bentuk PDF dan mencetaknya kemudian.
Ini contoh Boarding Pass AirAsia. Dah siap nombor
tempat duduk. Tak perlu nak berebut-rebut macam dulu. Sewaktu melalui
balai berlepas, nombor gate akan diberikan.
Tiba harinya, datang lebih awal kerana kita mungkin tidak biasa
dengan pintu berlepas atau proses pemeriksaan yang perlu dilalui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan